WEBINAR TAFAQQUH QAWAID AL-MAQASID KITAB KARANGAN PROF. DR. AHMAD SHEIKH AL RAISUNI SIRI 1/2021

25 Februari 2021 : Bahagian Latihan JKSM telah menganjurkan Webinar Tafaqquh Qawaid Al-Maqasid Siri 1/2021 pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari yang dianjurkan oleh Bahagian Latihan JKSM menerusi aplikasi Cisco Webex secara atas talian. Webinar ini telah dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Fauwaz bin Dato Fadzil Noor yang merupakan Penceramah Bebas, Konsultan Syariah Telaga Biru Sdn Bhd, Pakar Fiqh dan Usul Fiqh serta ahli Ulama’ lslam Sedunia.


Program ini telah dihadiri oleh 127 orang peserta yang terdiri daripada Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, Yang Amat Arif Ketua-Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/ Mahkamah Syariah Negeri, Yang Berbahagia Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah-Pengarah Bahagian JKSM, Ketua Pendaftar JKSN/MSN, Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Ketua-Ketua Pendakwa Syarie, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pegawai-Pegawai JKSM/JKSN/ MSN dan warga JKSM/JKSN/MSN melalui aplikasi Cisco Webex.