Latar Belakang Bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (BKPSM). Ia diletakkan secara langsung di bawah seliaan Pengarah Kanan (Pengurusan), Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M54.
BKPSM diketuai oleh Pengarah Bahagian, PTD Gred M52. Bahagian ini mempunyai tiga (3) seksyen iaitu Seksyen Khidmat Pengurusan, Seksyen Perkhidmatan dan Sumber Manusia serta Seksyen Pembangunan. Ketiga-tiga seksyen ini diselia oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP), masing-masing PTD M48.
Seksyen Khidmat Pengurusan berperanan mengendalikan semua urusan pentadbiran am dan kewangan Jabatan. Seksyen Perkhidmatan dan Sumber Manusia pula umumnya berperanan mengendalikan semua urusan perjawatan, kemajuan kerjaya dan tatatertib Perkhidmatan Pegawai Syariah Perkhidmatan Guna Sama Persekutuan dan pegawai / kakitangan guna sama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Manakala Seksyen Pembangunan diamanahkan untuk mengendalikan semua urusan pembangunan fizikal Mahkamah-mahkamah Syariah yang diluluskan oleh Kerajaan di samping mengendalikan urusan pembangunan pejabat sedia ada.
Visi
Memberi perkhidmatan terbaik dalam urusan Pentadbiran, Kewangan, Sumber Manusia dan Pembangunan Fizikal bagi mencapai objektif Bahagian.
Misi
Memastikan Pengurusan Pentadbiran, Kewangan, Sumber Manusia dan Pembangunan Fizikal Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan, berkualiti, kompeten dan berintegriti.
|
- Menguruskan hal-hal berkaitan perkhidmatan, pembangunan, prestasi dan keutuhan, pembangunan organisasi serta pengurusan sistem maklumat personel.
- Menyediakan perkhidmatan sokongan, kemudahan logistik dan pengawalan keselamatan pejabat yang cekap, pantas dan teratur kepada semua Bahagian.
- Memastikan pengurusan kewangan Jabatan sentiasa cekap, teratur dan berintegriti.
- Mengurus peruntukan pembangunan dan menyelaras pelaksanaan projek pembangunan JKSM dengan cekap dan berkesan.
|