Latar Belakang Bahagian Dasar dan Penyelidikan dulunya dikenali dengan nama Cawangan Penyelidikan. Cawangan Penyelidikan ini telah wujud sejak awal penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia iaitu pada 15 Disember 1998. Menyedari tentang kepentingan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di dalam sesebuah organisasi, fungsi penyelidikan semakin diperluaskan. Melalui penstrukturan semula JKSM pada 16 Februari 2008, bahagian ini kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Dasar dan Penyelidikan (BDP).
Visi Melaksanakan penyelidikan berkaitan sistem perundangan dan kehakiman syariah mengikut perkembangan semasa serta menjadi kumpulan pemikir yang berwibawa bagi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
Misi Menjalankan kajian/penyelidikan yang komprehensif, tepat dan mantap dalam tempoh satu tahun.
|