Friday 14 August 2020
Text Size

 

KENYATAAN MEDIA MAKLUMAN PERPINDAHAN IBU PEJABAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) KE KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA

KENYATAAN MEDIA MAKLUMAN PERPINDAHAN IBU PEJABAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) KE KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ingin memaklumkan bahawa Ibu Pejabat JKSM di Blok D7, Kompleks D, Putrajaya akan memulakan operasi perpindahan secara berperingkat ke Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3, Putrajaya (berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya) mulai 9 Januari 2017 sehingga 31 Januari 2017. JKSM akan beroperasi sepenuhnya di Kompleks Islam Putrajaya mulai 2 Februari 2017. Alamat baharu JKSM seperti berikut :

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA
Blok C, Kompleks Islam Putrajaya
No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman
Presint 3, 62100 Putrajaya
 
No.Telefon JKSM (Operator) :   03-8870 9200                     
No. Faks JKSM                     :  03-8870 9500
No. Helpdesk JKSM              :   03-8870 9400          

Sehubungan itu, dalam tempoh perpindahan ini ( 9 Januari 2017 sehingga 31 Januari 2017 ), semua urusan rasmi berkaitan JKSM masih menggunakan alamat dan no. telefon JKSM yang sedia ada.

JKSM memohon maaf sekiranya ada pihak yang mengalami kesulitan untuk melakukan urusan rasmi dengan pihak kami di sepanjang tempoh perpindahan ini. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat JKSM di talian 03-8886 4800.

Sekian dimaklumkan dan terima kasih.


Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)


5 Januari 2017