Wednesday 30 September 2020
Text Size

 

BENGKEL PERMURNIAN GARIS PANDUAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) TAHUN 2020

PUTRAJAYA - Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSM telah mengadakan Bengkel Permurnian Garis Panduan BSK JKSM Tahun 2020 pada 13 hingga 14 Januari 2020 bertempat di Dewan Tan Sri Dato’ Setia Ibrahim Lembut, Aras 5, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Program ini telah berlangsung selama 2 hari yang melibatkan Ahli Jawatnakuasa Kerja BSK JKSM yang di kendalikan oleh Tuan Shamsuddin bin Hussain, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSM.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk memantapkan dan memperkemaskan undang-undang dan garis panduan BSK JKSM serta perkongsian kepakaran dan pengalaman di antara Ahli Jawatankuasa Kerja BSK dengan Pegawai BSK JKSM.

Hasil bengkel ini akan mewujudkan SOP pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah sebagai rujukan dan panduan dalam mengendalikan kes penguatkuasaan dan pelaksanaan di Mahkamah Syariah.

 

IKRAR INTEGRITI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA TAHUN 2020

Ikrar Integriti Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah diadakan pada 12 Februari 2020 bertempat di Dewan Serba Guna Tan Sri Dato’ Seri Setia Dr. Ibrahim Lembut, Aras 5, Blok C, Komplek Islam Putrajaya, Presint 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Ikrar tersebut dilaksanakan sempena Program Wacana Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie Jabatan kehakiman Syariah Malaysia. Lafaz ikrar dibacakan oleh Pegawai Syariah, Tuan Mohd Shahidan Bin Kasim dan diikuti oleh 250 orang Pegawai Syariah dari seluruh Malaysia yang menghadiri Majlis Wacana Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie tersebut.


Ikrar Integriti adalah agenda tetap Jabatan Kehakiman Syariah pada setiap tahun. Diharapkan agar Ikrar Integriti ini dapat menyemarakkan budaya integriti dikalangan Pegawai Syariah seluruh Malaysia dan dapat mewujudkan pentadbiran dan perkhidmatan yang lebih efisien, bersih dan telus disamping mengubah persepsi negatif masyarakat ke atas Institusi Kehakiman Syariah di Malaysia.

KURSUS INTEGRITI BERSAMA KUMPULAN PELAKSANA TAHUN 2020

Kursus Integriti Bersama Kumpulan Pelaksana Tahun 2020 telah diadakan pada 9 hingga 11 Mac 2020 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bandar Baru Bangi, Selangor. Peserta program seramai 35 orang terdiri daripada kakitangan kumpulan pelaksana dari JKSM/JKSN/MSN seluruh Malaysia. Antara Objektif penganjuran program ini adalah seperti yang berikut:

a) Meningkatkan kesedaran berkaitan kesan-kesan rasuah terhadap diri dan keluarga;

b) Memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan amalan-amalan murni dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan;

c) Memberikan pendedahan dan pemahaman berkaitan kesan-kesan terhadap tindakan tatatertib;

d) Memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan kesihatan dengan menfokuskan kepada amalan bahaya merokok; dan

e) Memberikan ruang dan peluang kepada peserta berkaitan isu-isu/ persoalan berkaitan integriti dalam kehidupan harian.

 

Unit Integriti telah menjemput penceramah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menyampaikan ceramah seperti yang berikut:

a) Permasalahan Rasuah di Kalangan Penjawat Awam Dan Kesannya;

b) Apabila Kerusi Bersawang…; dan

c) Katakan Tak Nak kepada Rokok.

Peserta Kursus juga telah membuat lawatan sambil belajar ke Panjara Kajang bagi melihat sendiri suasana dan aktiviti penghuni penjara yang sedang menjalani hukuman penjara. Unit Integriti JKSM berharap semoga Program ini akan memberikan manfaat dan pengajaran kepada para peserta agar tidak terjebak dengan jenayah dan rasuah.

   

LAPORAN MAKMAL OPEN SOURCE INTELLIGENCE (OSINT) BERSAMA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM) BIL.1/2020

IPNCPD, Cyberjaya–Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)telah menganjurkan Makmal Open Source Intelligence (OSINT) Bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Bil.1/2020pada 10 Mac 2020 bertempat di Bilik Seminar 1, Aras 1, Wisma Mustapha Kamal, Pusat Pembangunan Profesional Institut Perakaunan Negara (IPNCPD), Cyberjaya. Makmal tersebut telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan BSK Seksyen Ibu Pejabat dan Seksyen Negeri-negeri.

Objektif makmal ini antaranya memberikan pendedahan kepada peserta makmal berkenaan teknik-teknik risikan dan pengesanan maklumat menggunakan sumber terbuka di internet. Peluang ini turut dimanfaatkan oleh peserta sebagai ruang untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat berhubung kaedah pelaksanaan terbaik berhubung pengesanan maklumat Penghutang Penghakiman bagi memastikan pelaksanaan dan penguatkuasaan perintahdapat berjalan dengan lancar.