Friday 14 August 2020
Text Size

 

KUNJUNG HORMAT BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) KE ATAS KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG (JKSN PAHANG)

KUANTAN PAHANG, 14 April 2016 bersamaan dengan 5 - Rejab 1437H. Satu kunjungan hormat ke atas YAA Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Pahang yang diwakili oleh Puan Zuraidah binti Ayob, (Pengarah BSK) telah diadakan pada 14 April 2016 bertempat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang. Kunjungan tersebut telah disambut baik oleh Ketua Hakim Syarie, YAA Datuk Abdul Rahman bin Yunus.

Objektif utama kunjungan hormat tersebut diadakan adalah bagi membincangkan mengenai isu-isu perundangan dan pentadbiran yang melibatkan Seksyen BSK Johor. Antara isu penting yang dibincangkan adalah mengenai cadangan JKSN Pahang untuk membuat pengubahsuaian terhadap ruang pejabat yang menempatkan pegawai dan kakitangan BSK.

Ini disusuli dengan satu mesyuarat khas Seksyen BSK Negeri Pahang bersama-sama dengan Puan Zuraidah binti Ayob, Pengarah BSK bagi membincangkan beberapa perkara penting berkaitan dengan cadangan memperluaskan program promosi BSK di Negeri Pahang, permasalahan semasa yang dihadapi oleh BSK Seksyen Negeri Johor selain mencadangkan idea-idea baharu untuk diterapkan dalam membantu melicinkan proses kerja BSK Seksyen Negeri Pahang.

Secara keseluruhannya, JKSM menerusi BSK melahirkan rasa terima kasih dan teruja dengan segala kerjasama serta komitmen YAA Datuk khususnya dan JKSN Sarawak amnya dalam menyokong gerak kerja BSK.