Thursday 1 October 2020
Text Size

 

LAPORAN MUZAKARAH PEGAWAI SYARIAH KADER KALI KE 20

PUTRAJAYA 24 Mei 2016 - Muzakarah Pegawai Syariah di Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pejabat Penasihat Undang-Undang Syariah Negeri, Pendakwa Syarie, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pejabat Setiausaha Politik Kepada Y.A.B Perdana Menteri dan Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kali Ke-20 Bil.1/2016 telah diadakan pada 24 Mei 2016 (Selasa) bertempat di Dewan Persidangan, Aras 4, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Putrajaya.

Muzakarah ini dipengerusikan oleh YAA Tan Sri Dr. Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dan dihadiri oleh YA Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah-Pengarah Kanan JKSM dan Pengarah-Pengarah Bahagian serta pegawai-pegawai Syariah yang ditempatkan di agensi luar.

Selain, membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli muzakarah suatu Muzakarah Pemahaman Arahan Amalan Tahun 2013 hingga Tahun 2015 turut diadakan dan disampaikan oleh Tuan Mohd Nadzri bin Abdul Rahman, Pengarah Kanan (Kehakiman), JKSM kepada ahli-ahli muzakarah yang hadir.