Tuesday 14 July 2020
Text Size

 

KONVENSYEN PENGURUSAN REKOD 2016 “PENGURUSAN REKOD DALAM ERA DIGITAL”

Arkib Negara Malaysia telah menganjurkan Konvensyen Pengurusan Rekod 2016 pada 16-17 Ogos 2016 bertempat di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya. Seramai 500 peserta dari pelbagai agensi kementerian/jabatan menghadiri konvensyen kali ini. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Seksyen Rekod, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod telah dijemput untuk menghadiri konvensyen ini. Seksyen Rekod diwakili oleh Tuan Wan Mohd Najib Wan Hamat, Penolong Pengarah Kanan bersama-sama Encik Ridhwan Zainudin, Penolong Pegawai Arkib

Antara objektif konvensyen ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai kepentingan pengurusan rekod digital secara sistematik dan berkesan dari peringkat pewujudan hingga ke pelupusan bagi membolehkan rekod digunakan sebagai bahan bukti serta dipelihara kekal sebagai memori warisan negara di samping berkongsi maklumat dan pengetahuan mengenai pelaksanaan penggunaan aplikasi pengurusan rekod digital di sektor awam.