Tuesday 14 July 2020
Text Size

 

KUNJUNG HORMAT BSK IBU PEJABAT KE PEJABAT YAA DATO DR HJ MOHD NAIM BIN MOKHTAR, KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SELANGOR

Program kunjung hormat oleh Bahagian Sokongan Keluarga ke pejabat YYA Ketua Hakim Syarie Selangor telah diadakan pada Khamis 18 Ogos 2016. Kunjung hormat tersebut diketuai oleh Puan Zuraidah Ayob Pengarah BSK dan turut diiringi oleh Puan Jazilah KPP BSK. Turut serta dalam majlis kunjung hormat tersebut adalah Tuan Mohd Yusof Sulaiman, Pegawai Syariah BSK Selangor serta Puan Hairani dan Puan Nurul Saadah, Penolong Pegawai Syariah BSK negeri Selangor.

Kunjung Hormat tersebut adalah bertujuan mengeratkan jalinan kerjasama di antara JAKESS dan BSK. Selain itu perbincangan ringkas turut diadakan dan antara topic perbincangan adalah berkaitan hal ehwal kebajikan pegawai dan kakitangan BSK Negeri Selangor, hal –hal berkaitan pengurusan dan pentadbiran BSK, isu-isu perundangan serta hala tuju BSK secara umum.

Pertemuan tersebut telah menghasilkan beberapa persetujuan antaranya kerjasama antara JAKESS dan BSK dari sudut promosi dan pemerkasaan mahkamah syariah Selangor, isu pentauliahan peguam syarie BSK serta cadangan pindaan undang-undang berkaitan BSK untuk dikemukakan kepada unit perundangan JAKESS.