Tuesday 7 July 2020
Text Size

 

PERSIDANGAN KETUA-KETUA HAKIM SYARIE SELURUH MALAYSIA KALI KE-68 BIL. 2/ 2016

PUTRAJAYA 21 September 2016 - Persidangan Ketua-Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke-68 Bil.2/2016 yang diurussetiakan oleh Seksyen Keurusetiaan, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod JKSM telah diadakan selama dua hari bermula pada 20 hingga 21 April 2016 (Selasa-Rabu) bertempat di Dewan Persidangan, Aras 4, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Putrajaya.

Persidangan yang dipengerusikan oleh YAA Tan Sri Dr. Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, turut  dihadiri oleh YA Hakim Rayuan Syariah, YAA Ketua-Ketua Hakim Syarie JKSN/MSN, Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah-Pengarah Kanan JKSM dan Pengarah-Pengarah Bahagian JKSM.

Di dalam persidangan tersebut, isu-isu berhubung pentadbiran kehakiman  telah ditekankan untuk perhatian dan tindakan negeri-negeri. Selain itu, beberapa kertas makluman dan laporan telah dibentangkan dalam persidangan tersebut sebagaimana berikut :    
i.          Kertas Makluman Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama / Key Performance Indicator (KPI) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) / Mahkamah Syariah Negeri (MSN) Seluruh Malaysia (Sehingga Ogos 2016).
ii.          Kertas Makluman Pelaksanaan E-payment Di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri / Mahkamah Syariah Negeri(JKSN/MSN).
iii.          Laporan Pemantauan Pematuhan Arahan Amalan JKSN/MSN Seluruh Malaysia Tahun 2014 (Pemantauan bagi tahun 2015 dan 2016).