Thursday 1 October 2020
Text Size

 

LAPORAN MUZAKARAH PEGAWAI DAN KAKITANGAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) & PROGRAM LATIHAN TRANSFORMASI NEGARA TAHUN 2016

17- 19 Oktober 2016, Isnin hingga Khamis  - Bahagian Sokongan Keluarga ( BSK) dengan kerjasama Biro Tata Negara (BTN), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Muzakarah Pegawai dan Kakitangan BSK & Program Latihan Transformasi Negara tahun 2016 di Kem Bina Negara GeoPark Langkawi,Kedah dengan penyertaan seramai 62 orang pegawai dan kakitangan BSK daripada seluruh Malaysia.

Muzakarah ini merupakan satu acara tahunan yang melibatkan pegawai dan kakitangan BSK seluruh Malaysia bagi membincangkan isu-isu khusus berkaitan dengan aktiviti BSK. Disamping itu, ianya juga merupakan satu platfom bagi membincangkan perancangan dan hala tuju BSK dari semasa ke semasa. Di samping menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pegawai dan kakitangan BSK seluruh Malaysia.

Program yang dirasmikan oleh YAA Tan Sri Dr. Ibrahim Lembut, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia turut diserikan lagi dengan Majlis Pelancaran Buku Garis Panduan BSK (SOP) yang telah disempurnakan oleh YAA Tan Sri Dr. Turut hadir bersama dalam Majlis Perasmian ini adalah YBhg Dr .Hj Hanafi bin Hj Harun, Pengarah Bahagian Birokrat & Korporat BTN dan Tuan Mohd Nazri bin Abd Rahman, Pengarah Kanan Kehakiman, JKSM.

Pelbagai aktiviti  telah diadakan antaranya sesi Muzakarah pegawai dan kakitangan BSK serta program khas bersama dengan pihak BTN.Di akhir program, majlis penyampaian sijil penyertaan program BTN telah disampaikan oleh Pengarah BSK kepada semua peserta.