Sunday 1 November 2020
Text Size

 

KURSUS E-SYARIAH (E-NAFKAH) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM)

PUTRAJAYA, 14 – 17 Februari 2017- Kursus E –SyarIah ( E- nafkah Modul BSK) anjuran Bahagian Latihan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah diadakan di Bilik Latihan Komputer Aras 4, Blok C,,Kompleks Islam Putrajaya,Presint 3 Putrajaya Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada 10 orang pegawai dan kakitangan BSK dari ibu pejabat dan juga Negeri-negeri menyertai kursus ini yang dikendalikan oleh Puan Faridatul Azna binti Ramdan, Penolong Pengarah BTMK, JKSM.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman kepada Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) mengenai proses kerja Modul e-Nafkah, meningkatkan tahap penggunaan Modul e-Nafkah dalam kalangan Pegawai BSK, memantapkan kemahiran penggunaan modul e-Nafkah bagi memastikan kes-kes pengabaian perintah nafkah dapat dikesan dengan kadar segera dan membantu mewujudkan pengurusan dana BSK secara sistematik dan teratur.