Tuesday 7 July 2020
Text Size

PERSIDANGAN KETUA-KETUA HAKIM SYARIE SELURUH MALAYSIA KALI KE-69 BIL. 1/ 2017

PUTRAJAYA 20 April 2017- Persidangan Ketua-Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke-69 Bil.1/2017 telah diadakan dari 19 hingga 20 April 2017 (Rabu-Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Blok C, Kompleks Islam Putrajaya.

Persidangan yang dipengerusikan oleh YAA Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, turut dihadiri oleh YA Hakim Rayuan Syariah, YAA Ketua-Ketua Hakim Syarie JKSN/MSN, Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah-Pengarah Kanan JKSM dan Pengarah-Pengarah Bahagian JKSM.

Di dalam persidangan tersebut, isu-isu berhubung pemerkasaan Mahkamah Syariah telah ditekankan untuk perhatian dan tindakan negeri-negeri. Selain itu, sebanyak 4 kertas cadangan dan 8 kertas makluman telah dibentangkan dalam persidangan tersebut sebagaimana berikut:

  1. Kertas Cadangan Bagi Melaksanakan Kaedah Dan Sistem Kenaikan Pangkat / Gred Melalui Tempoh Perkhidmatan (Time-Based Promotional System) Berdasarkan Kecemerlangan Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah Di Malaysia;
  2. Kertas Cadangan Penganjuran Program Latihan Secara Kerjasama Antara Bahagian Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Dengan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri / Mahkamah Syariah Negeri;
  3. Kertas Cadangan Perluasan Fungsi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Dalam Penguatkuasaan Kes Mutaah;
  4. Kertas Cadangan Penyelesaian Kes-Kes di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN)/ Mahkamah Syariah Negeri (MSN) Seluruh Malaysia;
  5. Kertas Makluman Penangguhan Pelaksanaan E-Payment Di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri / Mahkamah Syariah Negeri (JKSN/MSN);
  6. Kertas Makluman Projek Transformasi E-Syariah Bagi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM);
  7. Kertas Makluman Kaedah Pemantauan Pematuhan Arahan Amalan 2017;
  8. Kertas Makluman Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama / Key Performance Indicator (KPI) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) / Mahkamah Syariah Negeri (MSN) Seluruh Malaysia Tahun 2016;
  9. Kertas Makluman Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama / Key Performance Indicator (KPI) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) / Mahkamah Syariah Negeri (MSN) Seluruh Malaysia Tahun 2017;
  10. Kertas Makluman Pemakaian Borang Waran Geledah Kes Jenayah Bagi Pelaksanaan Waran Geledah Kes Mal;
  11. Kertas Makluman Pelaksanaan Hukuman Sebat di Mahkamah Syariah Tawau Sabah; dan
  12. Kertas Makluman Laporan Training Need Analysis.

Turut diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan JKSM Bil. 1/2017.

260419 - MAJLIS...
260419 - MAJLIS AMANAT YAA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA BERSAMA WARGA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 260419 - MAJLIS AMANAT YAA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA BERSAMA WARGA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN