Thursday 1 October 2020
Text Size

LAPORAN PEMBENTANGAN LAPORAN KAJIAN KEBERKESANAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) DALAM MEMBANTU MENYELESAIKAN KES KETIDAKPATUHAN PERINTAH NAFKAH DI MAHKAMAH SYARIAH TAHUN 2011-2015

Putrajaya, 7 Jun 2017  –Pembentangan laporan berkenaan dengan Kajian Keberkesanan Bahagian Sokongan Keluarga Dalam Membantu Menyelesaikan Kes Ketidakpatuhan Perintah Nafkah Di Mahkamah Syariah Tahun 2011-2015 telah dibentangkan oleh penasihat Kajian, Prof. Madya Nik Hasnaa binti Nik Mahmood Pensyarah Sekolah Razak UTM dalam suatu Mesyuarat yang diurusetiakan secara bersama oleh Bahagian Dasar Penyelidikan (BDP) dan BSK.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YAA Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ibrahim Lembut Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie JKSM dan dihadiri oleh Yang Arif Hakim Rayuan, pegawai-pegawai kanan, pasukan penyelidik BDP dan juga pegawai-pegawai dari BSK.

Secara keseluruhannya, kajian ini telah mencapai hasrat dan objektifnya di samping terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang dikemukakan oleh para penyelidik. Akhirnya, diharapkan agar hasil kajian yang akan dibentangkan termasuklah segala penemuan yang berkaitan akan memberikan nilai tambah kepada BSK di dalam usaha untuk memperkasakan lagi peranan dan fungsi BSK secara keseluruhannya.

200519 - MAJLIS...
200519 - MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA 200519 - MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA