Friday 14 August 2020
Text Size

 

KUNJUNGAN HORMAT ARAB SAUDI

Sheikh Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni
Pengarang Kitab La Tahzan
Tarikh     : 9 Ogos 2017 (Selasa)
Masa      : 10.00 pagi
Tempat  : Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Program Kunjungan Hormat ini melibatkan deligasi dari Arab Saudi seramai 9 orang yang diketuai oleh Sheikh Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni. Program Kunjungan Hormat ini juga turut disertai Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, YAA Tan Sri Dato’ Setia Dr.Ibrahim Lembut, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan Pengurusan, Pengarah Kanan Kehakiman dan pengarah bahagian di JKSM.

Objektif program ini adalah untuk :-
i.    Menyampaikan mesej kerajaan mengenai kepentingan pengukuhan nilai-nilai murni dan etika yang unggul berteraskan konsep Wasatiyyah.
ii.   Menjelaskan peranan JKSM khususnya berkaitan undang-undang Syariah.
iii.   Sebagai medium perkongsian maklumat berkaitan pelbagai aspek perundangan syariah dan kesan-kesannya terhadap masyarakat dan umat islam.
iv.  Menerangkan Fungsi serta peranan Bahagian Sokongan Keluarga  ( BSK ) serta prosedur perlaksanaannya.
v.   Perkongsian maklumat Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan yang lebih efisyen.
vi.  Perlantikan Hakim Wanita di Malaysia.