Thursday 22 October 2020
Text Size

 

KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN PENDAKWAAN, JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA KE PEJABAT KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM

24 JANUARI 2018 (RABU) – Pejabat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menerima kunjungan hormat dari Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Melaka.

Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan (Ketua Pendakwa Syarie Melaka) Tuan Azmi Bin Ibrahim bersama pegawai dan kakitangan Bahagian Pendakwaan. Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk bertemu YAA Dato’ Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim yang telah dilantik selaku Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie (KP/KHS) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia pada 5 September 2017 yang lalu disamping memberikan informasi terkini berkenaan kedudukan dan prestasi semasa Bahagian tersebut kepada YAA KP/KHS.

Turut dibincangkan isu-isu berkaitan hal ehwal kebajikan pegawai dan kakitangan yang ditempatkan di Bahagian tersebut.