Tuesday 7 July 2020
Text Size

 

PERSIDANGAN KETUA-KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI RUJU’ DAN KETUA-KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH SYARIAH SELURUH MALAYSIA KALI KEENAM TAHUN 2018 11 JULAI 2018

PUTRAJAYA: Persidangan Ketua-Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Negeri dan Ketua-Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia kali Keenam Tahun 2018 pada 11 Julai 2018 diadakan di Aras 5, Bilik Mesyuarat Utama, Blok C, Kompleks Islam Putrajaya.

Persidangan kali ini dianjurkan oleh JKSM selaku tuan rumah dan dipengerusikan oleh YA Dato’ Haji Yusof Bin Musa Hakim Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sementara pengerusi bersama bagi pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diwakili oleh YBrs. Tuan Ruslan Bin Said, Pengarah Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti.  

Ahli persidangan terdiri daripada Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR), Pengarah Bahagian Latihan, Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Ketua-ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri-negeri, Ketua-ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju’ Negeri-negeri serta urus setia BPKR, JKSM dan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

Persidangan kali ini turut membincangkan Pelaksanaan Pemakaian Standard Operating Procedure (Permohonan Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan)  SOP 4P di Negeri-negeri dan Cadangan Standard Operating Procedure (SOP) Perkahwinan Bawah Umur. Di samping itu, pengisian persidangan turut berkongsi maklumat melalui slot taklimat agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu Bahagian Kad Pengenalan, Jabatan Pendaftaran Negara dan Bahagian Visa, Pas dan Permit , Jabatan Imigresen.