Tuesday 7 July 2020
Text Size

 

PERSIDANGAN KETUA-KETUA HAKIM SYARIE SELURUH MALAYSIA KALI KE-73 BIL.3/2018

KOTA KINABALU, SABAH:  Persidangan Ketua-ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke-73 Bil.3 Tahun 2018 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Perlis, Aras 2, Blok B, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Persidangan yang dipengerusikan oleh YAA Dato’ Haji Mukhyuddin Bin Ibrahim,  Ketua Pengarah/ Ketua Hakim  Syarie dihadiri oleh YAA Ketua-ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia.

Dua kertas telah dibentangkan dalam persidangan kali ini iaitu Laporan Pemantauan Pematuhan Arahan Amalan 2018 oleh Tuan Adam bin Tumiran, Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod dan  Laporan Status Kemajuan Pelaksanaan Projek Transformasi E-Syariah Versi 3 dibentangkan oleh Puan Rosnani binti Saion, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK).