Tuesday 11 August 2020
Text Size

 

KURSUS INTEGRITI BERSAMA KUMPULAN PELAKSANA TAHUN 2020

Kursus Integriti Bersama Kumpulan Pelaksana Tahun 2020 telah diadakan pada 9 hingga 11 Mac 2020 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bandar Baru Bangi, Selangor. Peserta program seramai 35 orang terdiri daripada kakitangan kumpulan pelaksana dari JKSM/JKSN/MSN seluruh Malaysia. Antara Objektif penganjuran program ini adalah seperti yang berikut:

a) Meningkatkan kesedaran berkaitan kesan-kesan rasuah terhadap diri dan keluarga;

b) Memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan amalan-amalan murni dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan;

c) Memberikan pendedahan dan pemahaman berkaitan kesan-kesan terhadap tindakan tatatertib;

d) Memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan kesihatan dengan menfokuskan kepada amalan bahaya merokok; dan

e) Memberikan ruang dan peluang kepada peserta berkaitan isu-isu/ persoalan berkaitan integriti dalam kehidupan harian.

 

Unit Integriti telah menjemput penceramah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menyampaikan ceramah seperti yang berikut:

a) Permasalahan Rasuah di Kalangan Penjawat Awam Dan Kesannya;

b) Apabila Kerusi Bersawang…; dan

c) Katakan Tak Nak kepada Rokok.

Peserta Kursus juga telah membuat lawatan sambil belajar ke Panjara Kajang bagi melihat sendiri suasana dan aktiviti penghuni penjara yang sedang menjalani hukuman penjara. Unit Integriti JKSM berharap semoga Program ini akan memberikan manfaat dan pengajaran kepada para peserta agar tidak terjebak dengan jenayah dan rasuah.