KURSUS PENGUATKUASAAN & PELAKSANAAN PERINTAH SIRI 1

16-17 Jun 2021 I Bahagian Latihan dengan kerjasama Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) telah menganjurkan Kursus Penguatkuasaan & Pelaksanaan Perintah Siri 1 yang disertai oleh Pegawai-pegawai BSK dari seluruh negara. Kursus ini telah diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Cisco Webex.

Kursus yang diwajibkan kepada semua Pegawai-pegawai BSK di seluruh Malaysia telah dirasmikan oleh Yang Amat Arif Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Naím bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Di dalam ucapan perasmian Yang Amat Arif Dato’ Setia Dr. memberi penekanan bahawa Pegawai BSK merupakan orang yang terlibat secara langsung dengan klien dalam kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah.

Penguatkuasaan dan pelaksanaan bagi sesuatu perintah yang telah dikeluarkan oleh mahkamah adalah sangat penting untuk menentukan sama ada sesuatu perintah itu mencapai matlamatnya ataupun tidak. Oleh itu, semua pegawai harus mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan perundangan dan kehakiman, kemahiran berkomunikasi dan juga nilai kesabaran yang tinggi.

Kursus telah diisi dengan sesi perkongsian oleh oleh YA Dato’ Haji Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, JKSM dan Tuan Mohd Hirman Bin Ab Raub, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Klang.

Kursus ini telah disertai oleh seramai 74 orang pegawai BSK. Pada hari pertama kursus ini, para peserta telah diberi penekanan dan kefahaman terhadap peruntukan mengenai peruntukan dan peraturan yang berkaitan dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah yang terdapat di dalam undang-undang oleh Tuan Mohd Hirman Bin Ab Raub manakala pada hari kedua para peserta diberi pencerahan mengenai penguatkuasaan perintah berdasarkan keputusan-keputusan Mahkamah Rayuan Syariah oleh YA Dato’ Haji Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid.

Di sepanjang kursus berjalan, para peserta dan penceramah telah dapat mewujudkan komunikasi dua 2 hala dengan pelbagai isu dan persoalan dibincang bersama-sama dalam usaha untuk mencari praktis terbaik agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.