LAPORAN BENGKEL PELAN PELAKSANAAN PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN JKSM 2021-2025

Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK), JKSM telah menganjurkan Bengkel Pelan Pelaksanaan Pendigitalan pada 28 dan 29 Julai 2021. Bengkel Pelan Pelaksanaan merupakan salah satu aktiviti bagi Fasa Formulasi bagi metodologi PerSI di dalam pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) JKSM 2021-2025. Bengkel ini merupakan rentetan daripada Bengkel Pembangunan Hala Tuju Strategik ICT yang telah diadakan pada 13 dan 14 Jun 2021 yang lepas.

Antara objektif bengkel ini ialah
1. Mengesahkan hala tuju strategik pendigitalan JKSM; dan
2. Membangunkan Pelan Pelaksanaan yang merangkumi pelan tindakan, anggaran kos dan prioriti pelaksanaan bagi setiap program pendigitalan JKSM.

Bengkel kali ini telah dihadiri oleh YA Tuan Mohd Amran bin Mat Zain, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar, Puan Azlina binti Abdul Aziz, Pengarah Kanan (Pengurusan) dan semua pasukan projek PSP JKSM 2021-2025 dan terdiri daripada empat (4) kumpulan domain. JKSM juga berbesar hati menerima khidmat perundingan daripada pihak MAMPU (Bahagian Perundingan ICT dan MyGovEA) di atas khidmat perundingan yang diberikan kepada JKSM.

Pembangunan PSP JKSM 2021-2025 ini akan diteruskan ke Fasa Dokumentasi yang dijangka diadakan pada September 2021.