Sabtu 27 November 2021
Text Size

 

  • 1
  • 2
  • 1
  • 2
  • 3

Sidang Mahkamah Rayuan Syariah

 
Monday, November 29, 2021
 
Tuesday, November 30, 2021

Aktiviti/Program Jabatan

WEBINAR BASOIR HUKKAM SIRI 3 & 4/ 2021

15 September 2021: Bahagian Latihan JKSM dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan dan Bahagian Teknologi Maklumat Komunikasi telah menganjurkan Webinar Basoir Hukkam (al-Qowaid wal Dhowabit al-Fiqhiyyah al-Qadhoiyyah) al-Alamah Syeikh Dr. Muhammad Az-Zuhaili Siri 3/2021 dan Siri 4/2021 khas bersama YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Seluruh Malaysia yang dikendalikan oleh Al-Fadhil Tuan Haji Yusoff bin Mohamed yang merupakan Pakar Turath JKSM merangkap Penolong Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan.

Program ini telah diadakan bermula pada 14 dan 15 September 2021 melalui aplikasi atas talian Cisco Webex JKSM. Objektif penganjuran program Basoir Hukkam secara bersiri ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran para peserta berkaitan nas-nas, kaedah, perbahasan dan prinsip ilmu fekah mazhab Imam al-Syafie dan para fuqaha mazhab dalam menentukan sesuatu hukum berdasarkan isu lampau dan isu-isu semasa dalam perundangan dan kehakiman.

JKSM sebagai agensi penyelaras perundangan dan kehakiman lslam di Malaysia akan terus memainkan peranan menghidupkan revolusi ilmu samaada secara fizikal mahupun online melalui YA Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seluruh Malaysia yang bertanggungjawab menguruskan pelbagai permasalahan ummah melibatkan hukum hakam dan perundangan yang memerlukan kebijaksanaan, pengetahuan, pertimbangan dan kemahiran dalam menyelesaikan sebarang permasalahan semasa umat Islam di mahkamah syariah.

Carian Tag