MUZAKARAH HAKIM-HAKIM SYARIE BORNEO (SABAH, SARAWAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) BILANGAN 1 TAHUN 2019

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN: Muzakarah Hakim-Hakim Syarie Borneo (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) Bilangan 1 Tahun 2019 telah diadakan dengan jayanya di Hotel Tiara Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan pada 4 hingga 5 Mac 2019. Muzakarah yang dipengerusikan oleh YAA Dato’ Haji Mukhyuddin Bin Ibrahim, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM, dihadiri oleh YA Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, YAA Ketua Hakim Syarie JKSN Sabah, YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pegawai Sulh dan Pegawai Penyelidik JKSN Sabah, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak JKSS dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Labuan.

Isu berkaitan dengan pengesahan nasab atau kesahtarafan anak telah diketengah pada muzakarah tersebut.

Pemahaman Arahan Amalan Tahun 2018 telah disampaikan oleh Tuan Adam bin Tumiran, Pengarah BPKR kepada peserta yang hadir.

04032019 - ...
04032019 - MUZAKARAH HAKIM-HAKIM SYARIE BORNEO (SABAH, SARAWAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) BILANGAN 1 TAHUN 2019 04032019 - MUZAKARAH HAKIM-HAKIM SYARIE BORNEO (SABAH, SARAWAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) BILANGAN 1 TAHUN 2019