PROGRAM KUNJUNG HORMAT DAN JALINAN KERJASAMA PINTAR BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA JKSM BERSAMA BSK SEKSYEN WILAYAH PERSEKUTUAN KE IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN (IPK), KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR – Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), JKSM dengan kerjasama BSK Seksyen Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kunjung Hormat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Kuala Lumpur pada 28 Februari 2019 (Khamis) bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.

Program ini telah disertai oleh lima orang pegawai daripada JKSM dan BSK Seksyen Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh YBhg. Tuan Shamsuddin bin Hussain, Pengarah BSK JKSM, Puan Rafidah binti Abdul Razak, Pegawai Penyelidik JKSM, Puan Salmi Amalia binti Jamil, Penolong Pengarah Kanan BSK Seksyen Wilayah Persekutuan. Manakala di pihak IPK Kuala Lumpur pula ialah YDH. Datuk Seri Mazlan bin Lazim, Ketua Polis IPK Kuala Lumpur, YDH. Datuk Zainuddin bin Yaakub, Timbalan Ketua Polis IPK Kuala Lumpur bersama Pegawai dari IPK Kuala Lumpur.

Antara isu dan permasalahan yang dibincangkan ialah mengenai pelaksanaan waran tangkap, pelaksanaan waran pemenjaraan terhadap penghutang penghakiman dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah. Sehubungan itu, menerusi program ini akan mewujudkan jalinan kerjasama pintar pada masa akan datang antara BSK JKSM, BSK Seksyen Wilayah Persekutuan dan IPK Kuala Lumpur.

28022019 - ...
28022019 - PROGRAM KUNJUNG HORMAT DAN JALINAN KERJASAMA PINTAR BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA JKSM BERSAMA BSK SEKSYEN WILAYAH PERSEKUTUAN KE IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN (IPK), KUALA LUMPUR 28022019 - PROGRAM KUNJUNG HORMAT DAN JALINAN KERJASAMA PINTAR BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA JKSM BERSAMA BSK SEKSYEN WILAYAH PERSEKUTUAN KE IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN (IPK), KUALA LUMPUR