YAA DATO' KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE MENYAMPAIKAN AMANAT KEPADA WARGA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SELANGOR (JAKESS)

YAA Dato' Dr. Mohd Na'im Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah sudi menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor pada pagi ini.

Ia merupakan penghargaan kepada semua warga JAKESS kerana menjadi jabatan kehakiman syariah negeri yang pertama mendapat kunjungan YAA Dato' sempena YAA Dato' memulakan karier sbg Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie berkuatkuasa pada  hari ini (1 April 2019).

Dalam ucapan beliau, YAA Dato'  menganggap bahawa pelantikan beliau sebagai peneraju kehakiman syariah bukanlah satu keistimewaan malah ianya satu amanah yang sangat besar yang perlu dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab dan kesabaran.

YAA Dato' juga menyeru semua warga JAKESS dan semua pegawai dan kakitangan syariah di seluruh Malaysia agar bersama-sama mengembleng tenaga dengan beliau untuk meningkatkan lagi mutu sistem kehakiman syariah  sekaligus mengubah persepsi negatif masyarakat awam terhadap Mahkamah Syariah.

YAA Dato' juga telah memperkenalkan moto baharu beliau iaitu C.I.A yang membawa maksud "Cendikiawan, Ikhlas dan Amanah".

Beliau berpandangan bahawa reformasi sistem kehakiman syariah ini hendaklah berlandaskan tiga perkara ini bagi memastikan semua pegawai dan kakitangan dapat menjalankan amanah dengan penuh berilmu, tawaduk dan berintegriti.

YAA Dato' yakin dengan menyemai niat bahawa pekerjaan itu merupakan satu ibadah, maka moto C.I.A itu akan mudah difahami dan dipraktikkan oleh semua warga jabatan.

Ini sekaligus memastikan hasrat pihak kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kehakiman syariah di seluruh Malaysia tercapai.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
1 APRIL 2019

01042019 - ...
01042019 - YAA DATO' KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE MENYAMPAIKAN AMANAT KEPADA WARGA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SELANGOR (JAKESS) 01042019 - YAA DATO' KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE MENYAMPAIKAN AMANAT KEPADA WARGA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SELANGOR (JAKESS)