KUNJUNGAN HORMAT DUTA ARAB SAUDI KUALA LUMPUR KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia berbesar hati menerima kunjungan hormat Duta Arab Saudi,  Tuan Yang Terutama (TYT) Mahmoud Hussein Qattan pada hari ini.

YAA Dato' Dr. Mohd Na'im Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah meluangkan masa hampir sejam bersama Tuan Yang Terutama (TYT) Mahmoud Hussein sempena kunjungan hormat tersebut.

Antara intipati perbincangan adalah persetujuan untuk meneruskan Program Kursus Intensif Pegawai-Pegawai Syariah di Akademi Ma’ahad ‘Aliy Lil Qada, Jamiah Imam Saud Islamiah, Riyad Arab Saudi iaitu kursus berkaitan pengurusan dan sistem kehakiman di negara Arab Saudi.

YAA Dato' juga sempat membincangkan jemputan untuk mengerjakan haji oleh kerajaan Arab Saudi kepada semua peserta-peserta kursus yg telah menghadiri kursus yang sama pada 15 Februari hingga 15 Mac 2019 baru-baru ini.

Persetujuan lisan itu disambut baik dan perbincangan rasmi selanjutnya akan diadakan dalam masa terdekat.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
8 APRIL 2019

Lihat Gambar