PROGRAM NAZIRAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK), JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) KE BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA SEKSYEN NEGERI SARAWAK

KUCHING – Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan program Naziran di BSK Seksyen Negeri Sarawak pada 2 April 2019 (Selasa). Program tersebut telah disertai oleh 3 orang pegawai dari BSK Ibu Pejabat yang diketuai oleh Dr. Jazilah binti Mohd Saad@Mat Saud, Ketua Penolong Pengarah BSK JKSM. Pelaksanaan program ini merupakan perancangan tahun 2019 bagi JKSM dan kesinambungan program pada tahun yang lalu.

Objektif pelaksanaan program Naziran ini antaranya bertujuan untuk memantau, mengenalpasti kekuatan dan kelemahan serta mengukur tahap pencapaian dalam gerak kerja BSK Seksyen Negeri. Kaedah atau mekanisme yang digunakan adalah antaranya  melalui pemeriksaan dan penilaian dokumen serta sesi temubual.

Diharapkan agar dapatan hasil penemuan Naziran ini dapat membantu BSK Seksyen Negeri dalam menilai kekuatan dan kelemahan mengikut penanda aras yang telah ditetapkan dan seterusnya meningkatkan berusaha untuk memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan dengan lebih berkesan.

Lihat Gambar