ROUND TABLE DISCUSSION (RTD) WACANA MAQASID SYARIAH SIRI 4: CADANGAN PENGHAPUSAN HUKUMAN MATI

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM selesai menghadiri sebentar tadi Round Table Discussion (RTD) Wacana Maqasid Syariah Siri 4: Cadangan Penghapusan Hukuman Mati yang telah berlangsung di Dewan Sheikh Daud Al Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.

RTD ini telah dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Antara kertas kerja yang dibentangkan adalah "Cadangan Penghapusan Hukuman Mati Menurut Fiqh Kontemporari", "Konsep Pengampunan oleh Waris terhadap Pesalah Hukuman Mati" dan "Cadangan Penghapusan Hukuman Mati: Satu Perbandingan Dari Perspektif Sivil dan Syarak".

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
23 APRIL 2019

Lihat Gambar