KELAS BACAAN DAN PEMAHAMAN AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 (AKTA 303) SIRI 1/2019 DI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

Satu kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Siri 1/2019 telah diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada pagi ini.

Para peserta yang terdiri daripada Pendaftar-Pendaftar Nikah, Cerai, Dan Rujuk (PNCR) Wilayah Persekutuan, Pegawai Agama Wilayah Persekutuan, serta Pendakwa Syarie Wilayah cukup bertuah kerana berpeluang mempelajari ilmu tersebut dengan YAA Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM sendiri iaitu YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar.

Kelas bacaan Akta ini telah dijalankan sejak tahun 2014 bertujuan untuk memberi pendedahan khusus berhubung dengan setiap seksyen di dalam akta 303. Bermula dengan Sekyen 1, kini pelajaran kelas bacaan telah menyentuh Seksyen 51. Ini membuktikan bahawa setiap seksyen dikupas, dibahas dan diperincikan satu persatu bagi memastikan kefahaman semua peserta terhadap ilmu yang dipelajari mencapai tahap optimum.

Manakala pada hari ini, pembacaan adalah menjurus kepada seksyen 50A (lian) dan seksyen 51 (hidup semula sebagai suami isteri atau rujuk) Akta 303; yang telah dikupas dan disentuh secara kritikal satu persatu.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
24 APRIL 2019

Lihat Gambar