RIADAH SAMBIL MENYANTUNI ASNAF

Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar telah hadir bersama-sama beriadah sambil menyantuni asnaf sempena Program Jelajah Ramah Asnaf 2019 anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Acara yang berlangsung di Taman Tasik Datuk Keramat tersebut telah dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra, Raja Muda Perlis.

YAA Dato' Dr. telah berkesempatan untuk beriadah dengan berbasikal sambil beramah mesra dengan para asnaf yang disenaraikan di bawah MAIWP. Aktiviti ini juga merupakan program MAIWP pertama yang YAA Dato' Dr. terlibat sejak dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sesi 2018-2021.

Semua dif-dif jemputan telah berbasikal sejauh 5 kilometer melalui 5 checkpoint yang disediakan iaitu 5 rumah asnaf terpilih untuk dikunjungi. Ia disusuli dengan peyampaian bantuan kepada semua asnaf yang hadir di Masjid Akram.

Basikal YAA Dato' Dr. telah disediakan oleh pihak MAIWP dan program selesai sepenuhnya pada jam 11 pagi.

Turut hadir YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
28 APRIL 2019

Lihat Gambar