FORUM PERADABAN DAN KEAMANAN SEJAGAT : KONSEP KEAMANAN DAN KEADILAN SOSIAL MENURUT SHAYKH ABDULLAH BIN BAYYAH

YAA Dato’ Dr. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM telah diberi penghormatan untuk menghadiri Forum Peradaban Dan Keamanan Sejagat : Konsep Keamanan Dan Keadilan Sosial Menurut Shaykh Abdullah Bin Bayyah anjuran oleh Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) Malaysia.

Forum yang telah diadakan di IAIS tersebut membariskan tiga (3) orang panel yang terdiri daripada para cendekiawan iaitu Tuan Jufitri Joha; Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Ustaz Fauwaz Fadzil Nor; Konsultan Syariah/Pengendali Bengkel Usul Fiqh & Syariah Penasihat Alliance Islamic Bank dan Prof. Madya Dr Zulkifli bin Hasan; Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Program ini yang merencanakan pemikiran seorang tokoh ulama iaitu Syakh Abdullah Bin Bayyah tentang konsep keamanan dan keharmonian sejagat umat manusia di dunia, telah dimulakan dengan ucaptama oleh YB Puan Nurul Izzah Anwar yang turut melancarkan sebuah buku karangan Syakh Abdullah Bin Bayyah bertajuk "Terorisme: Diagnosis dan Penyelesaian".

Dalam ucaptama tersebut, YB Nurul Izzah turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah di atas pelantikan YAA Dato’ Dr. sebagai Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM sambil memuji bahawa itu adalah tempat selayaknya untuk YAA Dato’ Dr.

Turut hadir Prof. Mohamad Hashim Kamali selaku pengasas IAIS Malaysia serta Prof. Madya Dr.  Mohamed Azam Mohamed Adil, Timbalan Ketua Eksekutif IAIS Malaysia.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
30 APRIL 2019

Lihat Gambar