MAJLIS CERAPAN RASMI HILAL RAMADAN 1440H

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menghadiri Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1440H bertempat di Menara Kuala Lumpur.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasiin dan doa selamat oleh para hadirin dan disusuli oleh ucapan oleh S.S. Dato' Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Taklimat Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1440H yang diadakan pada jam 7.17 malam.

Majlis cerapan ini turut dihadiri oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan, Ketua-Ketua Agensi Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dif-dif kehormat yang lain.

Keputusan Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1440H telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia pada jam 7.43 malam.

YAA Dato' Dr. seterusnya telah menyertai majlis makan malam dan solat terawikh berjemaah.

Salam Ramadan 1440H diucapkan kepada semua rakyat Malaysia.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
5 Mei 2019

Lihat Gambar