KUNJUNGAN MESRA YAA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TERHADAP YA DATUK DR. HJ. HAMID SULTAN

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah mengadakan kunjungan mesra ke kediaman YA Datuk Dr. Hj. Hamid Sultan bin Abu Backer, Hakim Mahkamah Rayuan Sivil di Bukit Tunku tengahari tadi.

Kunjungan itu dilakukan setelah YA Datuk Dr. Hj. Hamid Sultan mempelawa YAA Dato' Dr. untuk menikmati juadah makanan tengahari di rumah beliau sambil berkongsi idea tentang kajian 'University Cum Court Annexed Arbitration' yang dijalankan oleh YA Datuk Dr. Hamid.

Kedua-dua tokoh ini sempat berbincang dengan lebih mendalam bagaimana kajian ini dapat dipraktikkan dalam membantu mengukuhkan amalan Sulh dan Hakam di Mahkamah-Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

YA Datuk Dr. Hj. Hamid Sultan telah menulis pelbagai buku dan kajian sebelum ini antaranya Janab Key to Civil Procedure dan Criminal Procedure & Evidence.

YAA Dato' Dr. juga bertuah kerana berpeluang menjamu selera hasil tangan YA Datuk Dr. sendiri yang dahulunya merupakan Master Chef sebelum memulakan karier dalam bidang perundangan dan kehakiman.

Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan yang lebih positif kepada perkembangan kedua-dua institusi kehakiman di negara kita.

Turut hadir YBrs. Prof Dr. Dato' Seri Ashgar bin Ali, mantan Dekan Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
5 Mei 2019

Lihat Gambar