SARAPAN AMAL DAN BICARA AMBANG RAMADAN

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar telah berkesempatan mengikuti Program Sarapan Amal dan Bicara Ambang Ramadan pada pagi tadi di Dataran Al-Hikmah Seri Semi Abim, Sg. Ramal Dalam anjuran Wadah dan Pusat Infaq Wadah (PIW).

Alunan merdu Asmaul Husna telah diperdengarkan kepada hadirin sebelum majlis dimulakan dengan bacaan doa.

Semua hadirin pada hari ini berpeluang bersarapan sambil mendengar ceramah berkenaan Ramadan Kareem daripada YBhg. Prof. Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Tokoh Maal Hijrah 1440H.

Turut hadir YBrs. Tuan Hj. Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wardah dan juga Tuan Hj. Kamin Samadi, Pengerusi PIW.

Majlis selesai sepenuhnya pada jam 11.30 pagi.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
1 MEI 2019