KUNJUNGAN HORMAT YAA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) KEPADA KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSN)

YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dr. Ismail Haji Bakar, Ketua Setiausaha Negara pada hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, YAA Dato’ Dr. berkesempatan mendengar amanat dan aspirasi KSN terhadap JKSM dan Mahkamah Syariah Negeri-Negeri. YBhg. KSN juga telah menyatakan hasrat dan harapan beliau agar kes-kes perceraian dan harta sepencarian dapat diselesaikan segera di mahkamah. Hasrat dan harapan tersebut telah disambut baik oleh YAA Dato’ Dr.

Namun dalam masa yang sama, YAA Dato’ Dr. turut memberi penjelasan yang lebih terperinci kepada YBhg. KSN bagi menerangkan faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu kes tersebut tertangguh.

YAA Dato’ Dr. juga turut menyuarakan harapan agar Jabatan ini akan sentiasa mendapat sokongan dan dokongan daripada YBhg. KSN dalam usaha memperkasakan lagi JKSM dan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

Pertemuan singkat selama setengah jam tersebut telah berlangsung dalam suasana cukup mesra.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
3 Mei 2019

Lihat Gambar