KUNJUNGAN HORMAT YAA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM KE ATAS SUK SELANGOR

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah mengadakan kunjungan ke atas YB Dato' Mohd Amin bin Ahmad Ahya, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor di Pejabat SUK Selangor, sebentar tadi.

Pertemuan yang diadakan dalam suasana mesra tersebut telah membincangkan pelbagai isu perundangan kehakiman syariah khususnya berkaitan dengan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.

Semasa pertemuan itu juga, YB Dato' Mohd Amin telah menzahirkan beberapa ekspektasi dan harapan terhadap perkembangan Sistem Kehakiman Negeri Selangor yang mana ianya disambut baikĀ  oleh YAA Dato' Dr.

Ini selaras dengan visi YAA Dato' Dr. yg sangat komited untuk memastikan Institusi Kehakiman Syariah Malaysia menjadi lebih berdaya saing dan cemerlang di masa-masa akan datang.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
6 Mei 2019

Lihat Gambar