PELANCARAN MAJLIS PERLEPASAN FLAG OFF KEMBARA RAHMAH NUR RAMADAN 1440H

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menghadiri Majlis Perlepasan Flag Off Kembara Nur Ramadan, Anjuran JAWHAR di Perkarangan Blok A, Kompleks Islam Putrajaya pada hari ini.

Majlis yang diadakan pada jam 2.30pm tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Program Jelajah Rahmah Nur Ramadan ini merupakan misi konvoi yang terdiri daripada dua puluh (20) buah pacuan empat roda yang akan mengelilingi semenanjung Malaysia sepanjang Ramadan dalam misi memberi bantuan kepada golongan-golongan yang memerlukan di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.

Program anjuran bersama Yayasan Taqwa, JAKIM, 4W4C dan agensi-agensi lain akan berhenti di lokasi pertama di Masjid Bongek, Rembau, Negeri Sembilan sebelum tiba di Melaka esok.

Konvoi akan berlangsung selama dua (2) minggu dan berakhir semula di Putrajaya.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
8 Mei 2019

Lihat Gambar