MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA IAIS

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM memenuhi undangan berbuka puasa oleh Prof. Dr. Hashim Kamali, CEO International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia pada hari ini.

Antara tetamu jemputan majlis adalah Tan Sri Ali Farar; Mantan Duta Palestine dan Prof. Emeritus Datuk Dr Shad Faruqi dari Universiti Malaya.

YAA Dato' Dr. juga tidak melepaskan peluang untuk berbual mesra bersama Prof. Dr. Hashim dan Prof. Emeritus Datuk Dr. yang kedua-duanya merupakan Pofessor yang pernah mengajar YAA Dato' Dr. ketika menuntut di Universiti Islam Antarabangsa dahulu.

Usai jamuan, YAA Dato' Dr. turut berpeluang menyertai solat tarawikh berjemaah.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
10 Mei 2019

Lihat Gambar