Khamis 22 Oktober 2020
Text Size

 

  • 1
  • 2
  • 1

Sidang Mahkamah Rayuan Syariah

 
Tuesday, October 27, 2020 - Wednesday, October 28, 2020

Aktiviti/Program Jabatan

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN MENERIMA MENGHADAP YAA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong  Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan menerima menghadap YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar,  Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM di Istana Negara pada hari ini.

Pertemuan lebih kurang 45 minit tersebut berlangsung dalam suasana yang sangat mesra sambil membincangkan banyak perkara berkaitan Syariah dan perundangan Syariah.

YAA Dato’ Dr. juga telah berkesempatan menyampaikan ucapan tahniah mewakili semua warga JKSM, JKSN dan MSN atas pelantikan Tuanku sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang ke-16.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
16 MEI 2019

Lihat Gambar

Carian Tag