KUNJUNGAN BALAS YAA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM KE ATAS DUTA ARAB SAUDI KUALA LUMPUR

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah mengadakan kunjungan balas ke atas Tuan Yang Terutama (TYT) Mahmoud Hussein Qattan, Duta Arab Saudi di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Pertemuan selama sejam tersebut telah membincangkan pelbagai isu antaranya perihal perlembagaan-perlembagaan yang berkaitan perundangan syariah, isu pendaftaran perkahwinan, penceraian dan lain-lain.

YAA Dato' Dr. juga turut berpeluang mengadakan perbincangan lanjut perihal tawaran Haji yang telah diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada 33 orang Pegawai Syariah JKSM yang mengikuti kursus selama sebulan di sana pada Mac baru-baru ini.

Rasa terharu dan gembira ditambah apabila YAA Dato' Dr. menerima tawaran Visa Furada daripada TYT Mahmoud Hussein khas buat kuota Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie.

Setelah itu, YAA Dato' Dr. juga berkesempatan memberi usul yang bernas kepada TYT Mahmoud untuk disampaikan oleh TYT kelak di Persidangan Summit OIC iaitu cadangan untuk mengadakan kerjasama dan kolaborasi strategik antara semua hakim-hakim syariah di bawah negara OIC.

Di akhir pertemuan, YAA Dato' Dr. dengan segala hormatnya telah menjemput TYT untuk hadir ke Hari Terbuka JKSM 2019 yang bakal diadakan pada 4 Julai nanti.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
16 Mei 2019

Lihat Gambar