KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE KE ATAS PENGERUSI MAIS

Satu kunjungan hormat oleh YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah diadakan ke atas YAD Dato' Setia Hj. Mohammed Khusrin Bin Hj. Munawi, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) bertempat di Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah pagi ini.

Pertemuan yang berlangsung selama 30 minit itu berkisar tentang Majlis Pentauliahan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah di Negeri Selangor yang dijadualkan akan diadakan pada 3 Jun 2019.

YAD Dato' Setia juga melahirkan rasa gembira akan perjalanan kes-kes di Mahkamah Syariah yang lebih lancar dan efisien bersesuaian dengan visi YAA Dato' Dr. memartabatkan lagi pentadbiran dan kehakiman Mahkamah-Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia.

Pertemuan berakhir dengan penyampaian cenderahati daripada YAA Dato' Dr. kepada YAD Dato' Setia tanda kenang-kenangan.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
16 Mei 2019

Lihat Gambar