MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada hari ini.

Majlis yang diadakan di Dewan Bankuet, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya tersebut dihadiri oleh Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, Ketua-Ketua Perkhidmatan dan lain-lain dif-dif jemputan.

YAA Dato' Dr. juga berpeluang menikmati juadah berbuka bersama YAA Tan Sri Ahmad Maarop, Presiden Mahkamah Rayuan sambil berbicara tentang isu-isu terkini perundangan di Malaysia.

Majlis diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak berjemaah dan solat sunat tarawikh.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
20 Mei 2019

Lihat Gambar