MAJLIS IFTAR JAMAIE BERSAMA ASNAF ANJURAN BADAN KEBAJIKAN MSWP DAN PPSM

Satu Majlis Iftar Jamaie bersama Asnaf anjuran Badan Kebajikan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan KL dan Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) telah diadakan di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan KL pada 24 Mei 2019 (Jumaat).

Majlis telah dirasmikan oleh YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah JKSM yang meraikan anak-anak yatim Sekolah Kebangsaan Bangi (Jalan 6), serta anak-anak terbela Darus Saadah.

Dalam ucapan perasmian beliau, YAA Dato' Dr. telah menegaskan bahawa bulan Ramadan yang mulia ini hendaklah dimanfaatkan sebaiknya dengan melakukan pelbagai amalan dan kebajikan termasuklah membantu insan-insan yang memerlukan.

Selepas berbuka puasa, YAA Dato' Dr. juga telah berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada semua anak-anak yatim, para pelajar Darus Saadah dan anak-anak pegawai dan kakitangan MSWP yang hadir.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat maghrib, isyak berjemaah dan solat sunat tarawikh di surau MSWP.

Turut hadir Hakim-Hakim Rayuan Syariah Malaysia, Ketua Hakim Syarie Wilayah merangkap Presiden PPSM, Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah dan Pegawai-Pegawai Kanan JKSM.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
25 Mei 2019

Lihat Gambar