KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS MUFTI MELAKA

YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Hj. Abdul Halim bin Tawil, Mufti Negeri Melaka bertempat di Jabatan Mufti Melaka hari ini.

Kunjungan hormat tersebut telah diadakan dalam suasana cukup mesra, lebih-lebih lagi YBhg. Datuk Hj. Abdul Halim merupakan senior kepada YAA Dato’ Dr. ketika masing-masing menuntut bersama di Kolej Islam Klang sekitar tahun 1982 hingga 1983.

Terdapat pelbagai intipati menarik telah dibincangkan namun pertemuan tersebut memberi fokus akan isu kesan pemelukan Islam ke atas perkahwinan sivil dan penentuan status agama.

Semoga kunjungan hormat ini dapat mengukuhkan lagi hubungan antara Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dengan Jabatan Mufti Melaka sekaligus dapat memartabatkan lagi imej agama Islam di mata masyarakat.

Turut hadir Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
27 Mei 2019

Lihat Gambar