MAJLIS BERBUKA PUASA KDYMM SPBYDP AGONG BERSAMA AGENSI-AGENSI AGAMA DAN ASNAF

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM bersama isteri telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa KDYMM SPBYDP Agong bersama agensi-agensi agama dan asnaf bertempat di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.

Pada majlis kali ini, para asnaf di bawah seliaan MAIWP telah dijemput hadir bersama-sama untuk berbuka puasa serta menerima sumbangan dan bantuan Hari Raya Aidilfitri daripada baginda.

YAA Dato' Dr. dan YBhg. Datin turut menyertai solat maghrib dan isyak berjemaah serta solat sunat tarawikh.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
27 Mei 2019

Lihat Gambar