KUNJUNGAN PEGAWAI KHAS Y.A.M TENGKU LAKSAMANA SELANGOR

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menerima satu kunjungan hormat daripada Tuan Tigaruddin, Pegawai Khas kepada Y.A.M Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di Pejabat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pada 28 Mei 2019.

Tujuan utama kunjungan tersebut adalah untuk menyampaikan Air Zam Zam pemberian daripada Y.A.M Tengku Laksamana kepada YAA Dato' Dr.

Untuk makluman, Y.A.M Tengku Laksamana yang baharu sahaja tiba di KLIA semalam telah menerima hadiah Air Zam Zam tersebut daripada King Salman bin Abdulaziz, Raja Arab Saudi sendiri.

Sebaik sahaja tiba di negara kita, Y.A.M Tengku Laksamana kemudiannya mengagihkannya kepada kenalan-kenalan rapat baginda termasuklah YAA Dato' Dr.

Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kemuliaan yang tertinggi kepada baginda.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
28 Mei 2019

Lihat Gambar