MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT DAN UCAPAN YB MENTERI DI JPM SEMPENA SIMPOSIUM PENDAKWAH DAN PELANTIKAN DUTA RAHMAH

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menghadiri Majlis Penyampaian Amanat dan Ucapan YB Menteri di JPM sempena Simposium Pendakwah dan Pelantikan Duta Rahmah bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM, Bangi pada petang ini.

Program anjuran JAKIM ini telah dimulakan dengan amanat dan ucapan YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di JPM (Agama) yang bertajuk "Peranan Pendakwah dalam Malaysia Baharu".

Dalam amanat beliau, YB Menteri juga telah memuji kepimpinan YAA Dato' Dr. yang membawa pentadbiran JKSM ke arah konsep Rahmatan Lil A'lamin seperti yang diilhamkan oleh YB Menteri.

YB Datuk Seri juga telah menyebut akan perbincangan dan usaha-usaha beliau bersama YAA Dato' Dr. dalam menyelaraskan undang-undang syariah sekaligus memartabatkan Institusi Kehakiman Syariah di Negara kita.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan acara pelantikan dan penyampaian Sijil Duta RAHMAH kepada semua peserta simposium yang terdiri daripada NGO, para selebriti seperti Ustaz Don Daniyal dan para pendakwah dari seluruh negara.

Untuk makluman, sebelum majlis amanat bermula, para peserta simposium telah mengikuti dua pembentangan ilmiah daripada SS Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan (Adab-Adab Pendakwah) dan Tuan Hj. Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI (Tauliah Mengajar:Permohonan dan Isu Berkaitan).

Turut hadir di Majlis Amanat ini ialah Ketua-Ketua Agensi Agama di bawah JPM.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
28 Mei 2019

Lihat Gambar