MESYUARAT JAWATANKUASA LATIHAN BIL . 1/2019

YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Latihan Bil. 1/2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, JKSM pada pagi tadi.

Mesyuarat yang membincangkan program, modul latihan serta perancangan bagi tahun 2019 ini sangat signifikan di peringkat latihan agar segala program yang direncanakan memberikan impak yang positif dan optimum kepada para peserta sekaligus membantu misi Jabatan mempertingkatkan mutu perkhidmatan para pegawai Mahkamah Syariah tercapai.

Turut hadir menyumbangkan idea dan pandangan ialah Dr. Lukman bin Abdul Mutalib (Universiti Sains Islam Malaysia), Puan Hajah Salina Bt Awang (Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan), Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajudin (Ketua Kluster Institut Tadbiran Awam Negara) dan Puan Zaizurina Bt Mansor daripada Institut Latihan Islam Malaysia.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
29 Mei 2019

Lihat Gambar