MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1440H

YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menyampaikan amanat kepada semua warga JKSM sempena Hari Raya Aidilfitri 1440H bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, JKSM pada pagi ini.

YAA Dato' Dr. telah memulakan ucapan dengan ucapan terima kasih kepada semua warga JKSM yang sudi memberikan komitmen untuk hadir dan meramaikan majlis amanat tersebut. Beliau berpendapat, semangat seumpama ini menanamkan semangat kecintaan terhadap Jabatan.

Dalam masa yang sama, YAA Dato' Dr. menyeru agar semua warga JKSM sentiasa bersikap amanah, berintegriti dan bantu membantu dalam bersama-sama berpadu tenaga menaikkan prestasi dan imej Jabatan. Ini kerana beliau berpendapat bahawa misi untuk membangunkan perkhidmatan Jabatan ke arah yang lebih cemerlang tidak akan tercapai andai usaha ini hanya dilakukan  beliau berseorangan.

Untuk itu, YAA Dato' juga inginkan semua pengurusan tertinggi dan pengarah-pengarah bahagian tidak memandang enteng terhadap idea-idea yang dilontarkan oleh pegawai dan kakitangan di bawah seliaan masing-masing agar setiap idea yang bernas itu dapat dibawa dan didengar dan direalisasikan oleh peringkat atasan.

YAA Dato' Dr. juga berharap agar semua warga JKSM sentiasa proaktif dalam menggunakan teknologi seperti aplikasi whatsapp dalam urusan komunikasi pentadbiran Jabatan agar setiap keputusan dan tugas dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan cepat. Namun, YAA Dato' Dr. juga berharap agar setiap keputusan yang dibuat oleh beliau tidak dispekulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab demi kebaikan Jabatan. Sikap sentiasa husnuzon antara satu sama lain sangatlah penting demi kerharmonian Jabatan.

Di kesempatan ini juga, YAA Dato' Dr. berpesan agar semua warga JKSM memastikan semua langkah-langkah keselamatan pejabat diambil sebelum masing-masing memulakan percutian bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

YAA Dato' Dr. juga berharap agar semua warga menjaga akhlak di jalan raya dan memastikan kenderaan dalam keadaan yang terbaik sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung bersama keluarga.

Akhir sekali, YAA Dato' Dr. memohon maaf dan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua warga JKSM.

Usai amanat, YAA Dato' Dr. turut telah menyempurnakan Pelancaran Laman Web JKSM Versi 4 yang baharu.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
31 Mei 2019

Lihat Gambar