SESI PERBINCANGAN JKSM BERSAMA INSTITUT DARUL EHSAN (IDE) - PENGANJURAN SEMINAR MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN SYARIE

YAA Dato’ Dr. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah mempengerusikan sesi perbincangan bersama Institut Darul Ehsan (IDE)
bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, JKSM pada jam 10.00 pagi tadi.

Sesi perbincangan yang telah berlangsung selama 1 jam 30 minit tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pendaftar JKSM dan Pengarah-Pengarah Bahagian JKSM. Manakala barisan wakil IDE telah diketuai oleh Encik Khairul Ariffin, Pengurus Kanan Penyelidikan IDE.

YAA Dato’ Dr. telah memulakan sesi dengan menerangkan tentang prinsip maqasid di sisi perundangan. Setelah itu, YAA Dato’ Dr. dan ahli mesyuarat telah mendengar taklimat daripada wakil IDE tentang cadangan kertas kerja, serta cadangan penganjuran Seminar Maqasid Al-Syariah Dalam Perundangan dan Kehakiman Syarie. Objektif seminar ini antaranya adalah untuk membina kefahaman tentang teori dan aplikasi maqasid syariah dalam perundangan serta kehakiman, sebagai platform pertukaran idea dan perkongsian ilmu dan melahirkan para hakim yang mempunyai rangka asas yang baik tentang maqasid syarak.

Sesi perbincangan telah berjalan dalam suasana yang mesra dan cukup baik di mana kedua-kedua agensi berpeluang untuk bertukar-tukar idea dan pendapat bagi mencapai kesepakatan dalam menjadikan seminar tersebut satu realiti.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada IDE kepada YAA Dato’ Dr. tanda penghargaan atas kesudian menerima kunjungan wakil mereka.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JKSM
31 Mei 2019

Lihat Gambar